Pernahkah anda terfikir untuk meringkaskan perniagaan anda?
Bagi yang dah berniaga tentu ini satu soalan pelik.
Biasanya bila dah mula berniaga orang akan cari macam-macam idea untuk melaris dan menaikkan lagi perniagaan yang ada.
Dalam usaha untuk meningkat perniagaan tersebut, yang biasanya bermatlamatkan pendapatan dan keuntungan, kebanyakan usahawan akan terjerumus ke dalam aktiviti menjadikan perniagaan berserabut dan berserabai serta kusut masai.
Usahawan akan:
- Tambah lagi produk. Semakin lama semakin banyak. Kononnya bila dah banyak pilihan, lagi ramai pelanggan dan jualan bertambah.
- Tambah lagi jenis perniagaan. Kononnya ikut apa yang Mat Saleh kata “diversify”, jangan letak semua telur dalam hanya satu bakul sebab jika bakul terjatuh, habis kesemua telur akan pecah.
- Tambah cawangan. Samada cawangan perniagaan atau cawangan rumah tangga menjadi amalan biasa sesetengah usahawan yang rasa dah berjaya.
- Tambah modal sebab nak besarkan lagi perniagaan.
- Tambah pekerja, tambah peralatan, tambah bangunan, tambah hutang, tambah itu dan tambah ini….