Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Fokus
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

Teknik guna ‘pengacau’ untuk capai matlamat!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 09/09/2012
  • No comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Dalam kehidupan kita akan ada seseorang yang kerjanya asyik mendatangkan masalah kepada diri kita. Biasanya orang itu adalah seseorang yang rapat dengan kita tak kira samada daripada kalangan keluarga, kawan-kawan, rakan perkongsian, jiran, atau musuh. Kita biasanya tidak dapat mengelakkan diri daripada mereka atas sebab-sebab tertentu.

Ramai yang tewas bila menghadapi masalah diganggu oleh mereka yang sering mendatangkan masalah. Kita tewas bukan disebabkan oleh mereka tapi sebaliknya kerana cara kita menghadapi mereka tidak betul. Lalu kita meletakkan kesalahan pada mereka apabila hilang fokus terhadap matlamat yang sedang kita kejar.

Sebenarnya apa saja yang hadir dalam hidup kita sentiasa ada manafaatnya. Samada yang hadir itu mambantu kita atau sebaliknya. Ia bergantung kepada cara kita melihat golongan tersebut. Mereka yang sentiasa menggangu tumpuan hidup kita boleh dimanafaatkan jika tahu caranya.

Untuk menggambarkan bagaimana dapat digunakan ‘pengacau’ ini untuk faedah mencapai matlamat, saya ceritakan bagaimana Robert Kiyosaki yang terkenal dengan bukunya ‘Rich Dad, Poor Dad’, belajar memahami erti fokus.

Cerita Robert Kiyosaki dilatih mengendali jet pejuang semasa menyertai Tntera Amerika
Selepas tamat latihan sebagai juruterbang, Robert Kiyosaki dipilih untuk menyertai kumpulan elite mengandalikan jet pejuang Amerika. Matlamat pilot jet pejuang ini hanya satau, ‘membunuh’.

Mereka dilatih menembak ke sasaran musuh bagi memusnahkan tentera musuh. Sepanjang dilatih Robert Kiyosaki sentiasa diiringi oleh seorang Sarjan yang merupakan pelatih hebat mengeluarkan pilot pembunuh.

Setiap kali melakukan penerbangan dan mereka menghampiri kawasan musuh dalam simulasi peperangan, Sarjan tersebut akan menghentam kepala Robert Kiyosaki bertubi-tubi dengan pemukul getah sambil menyuruhnya menembak pada sasaran.

Biasanya simulasi itu akan berakhir dengan Jet Pejuang yang mereka naiki itu ditembak musuh dan disertai dengan jeritan Sarjan, ‘kamu membuatkan kita mati ditembak!”. Begitulah kejadian itu berulang-ulang yang membuatkan Robert terlalu marah pada Sarjannya.

Bagaimana dia mahu memberikan tumpuan jika setiap kali menghampiri musuh kepalanya dihentak bertubi-tubi. Ia amat menyakitkan lebih-lebih lagi rasa sakit hati dengan gangguan tersebut. Namun begitu Sarjan itu tidak pernah melayan kemarahan Robert dan meneruskan aktivitinya mengganggu ketika menghampiri sasaran. Cuma kali ini dia menjerit-jerit “FOKUS!, FOKUS!” sambil terus memukul kepala Robert Kiyosaki.

Lama kelamaan Robert mula tidak menghiraukan hentakan pada kepalanya dengan pemukul getah itu dan berusaha memberikan tumpuan untuk memusnahkan musuh. Akhirnya dia berjaya menembak ke sasaran sebelum jet pejuang mereka ditembak musuh.

Setelah itu barulah Sarjan itu menerangkan pada Robert bahawa hentakan pada kepalanya itu merupakan satu cara dia memalingkan Robert daripada tumpuan. Semua orang akan ada saja gangguan ketika cuba memberi tumpuan dalam apa cara sekalipun.

Hanya mereka yang berjaya tumpu 100% pada matlamat saja yang akan berjaya. Untuk memberikan tumpuan, kita perlu melupakan segala perkara lain selain dari mencapai matlamat yang kita kejar. Latihan yang diberikan oleh Sarjan itu benar-benar berjaya memberi kefahaman pada Robert apa ertinya fokus!

Semenjak itu, Robert Kiyosaki mula menggunakan pendekatan yang sama dalam apa saja perkara yang beliau lakukan terutamanya terhadap kehidupan dan juga perniagaannya. Sebab itulah dia berjaya berada pada tempat dia berada sekarang.

Siapa Sarjan dalam hidup kita?
Memahami cerita di atas, kita secara lansung boleh melantik kesemua mereka yang sering memdatangkan masalah serta mengganggu tumpuan matlamat hidup kita sebagai Sarjan untuk memberikan latihan percuma!. Biarlah mereka mengganggu sehebat mungkin dan gunakan itu sebagai latihan untuk mengarahkan fokus tanpa memperdulikan mereka.

Tidak ada orang yang berjaya membuat latihan fokus jika kita tidak mendapat latihan tubi samada secara formal atau tidak. Dengan melantik orang yang sering menggangu kita sebagi Sarjan, kita sepatutnya mengucapkan terima kasih apabila kita berjaya menjadi seorang yang fokus.

Fokus sangat penting jika kita mahu berjaya. Apa saja halangan atau cubaan hanya membuatkan kita hilang tumpuan jika kita tidak berfikir secara objektif.

Ketika seorang pemain pedang terhebat di Jepun ditanya bagaimana dia mampu menguasai kemahiran bermain pedang dengan hebat mengatasi semua orang lain, jawapannya mudah saja,

“Jika kamu mahu mencantas, lupakan segala yang lain selain daripada mencantas…”.

Dengan berbuat begitu kita akan menjadi pemain pedang yang hebat dan digeruni. Jangan fikirkan takut dia melawan, kesian atau lain-lain lagi, ia hanya akan membuatkan gerakan mencantas kita terbantut dan gagal.

Jika anda mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, lupakan segala halangan yang mendatang selain daripada memikirkan tindakan untuk mencapai tujuan anda itu. Insyallah anda akan berjaya dan jangan lupa kenal pasti siapa Sarjan pelatih dalam hidup anda. Selamat mencuba.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Tips menjadi cemerlang

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 08/09/2012
Read More
Next Article
  • Kejayaan
  • Matlamat
  • Motivasi
  • Petua ringkas

Rahsia atau ceritakan matlamat – Mana lebih baik?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 10/09/2012
Read More
You May Also Like
petua pilih jalan berbeza
Read More
  • 3 min
  • Kejayaan

Pilih jalan berbeza kalau nak berjaya mencapai impian

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Idea niaga ringkas

Read More
  • 2 min
  • Jualan
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Bagaimana nak tahu anda berbakat sebagai jurujual hebat

Read More
  • 2 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan

Read More
  • 3 min
  • Kejayaan
  • Motivasi

Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?

Read More
  • 4 min
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #6 : Buat !, jangan tak buat!

Read More
  • 2 min
  • Kewangan
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #5 : Selesaikan hutang, jangan lari!

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Siri Kaya

Siri kaya #4 : Bezakan antara Pelanduk dengan Jerat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Mula berniaga
    10 sebab paling tinggi kenapa perniagaan gagal
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.