Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
549
2K
277
14
0
  • Tabiat

15 senarai semak mantapkan tabiat yang anda perlukan sebagai usahawan

  • 11/02/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
6
Shares
6
0
0
0
0
0

Kalau anda nak mantapkan perniagaan, anda mesti terlebih dahulu mantapkan tabiat diri.

Perniagaan yang anda jalankan tak akan mantap dan berkembang kalau anda sendiri tidak mantapkan tabiat. Tabiat tauke perlu bagus dan betul, lepas itu barulah perniagaan boleh betul.

Selain dari menguruskan perniagaan saya sendiri, saya juga aktif membantu perniagaan orang lain untuk dimantapkan. Itupun salah satu dari bisnes yang saya usahakan. Bisnes memulih dan meningkatkan syarikat yang dijalan oleh usahawan lain.

Sebelum saya nak bantu usahawan lain dalam perniagaan mereka, saya akan semak terlebih dahulu kedudukan perniagaan tersebut. Saya ada senarai semak saya sendiri yang sering saya gunakan, untuk tentukan status perniagaannya.

Perkara pertama yang saya semak adalah perangai usahawan itu sendiri. Adakah dia punya tabiat yang mantap untuk membantu kejayaannya. Selepas itu barulah saya semak kedudukan perkara lain seperti kewangan, pemasaran, pekerja dan sebagainya.

Khas untuk pembaca tetap blog ini, terutamanya mereka yang memang usahawan dan ada perniagaan yang dijalankan, saya kongsikan kat bawah senarai semak mantapkan tabiat.

Dengan membuat semakan satu persatu perkara yang saya senaraikan kat bawah ni, anda boleh mendapat ilham kat mana yang masih ada ruang untuk anda pulih dan matapkan tabiat diri anda sendiri.

Senarai semak mantapkan tabiat

Baca dan renungkan satu persatu kesemua perkara yang dibariskan kat bawah. Kalau ok, tandakan sebagai ok. Pangkah kalau tak ok, dan buat tanda tanya kalau tak pasti.

  1.  Minat terhadap perniagaan. Setakat mana minat anda terhadap industri atau perniagaan yang sedang dijalankan. Pastikan anda benar-benar minat.
  2. Gaya hidup seimbang. Macam mana dengan kehidupan anda sekarang. Seimbang atau tidak. Pastikan anda hidup seimbang rohani dan jasmani sebagai seorang manusia yang mahu hidup aman bahagia.
  3. Fikir positif. Adakah anda punya pemikiran yang positif. Pastikan yang anda lebih cenderung untuk nampak peluang berbanding masalah.
  4. Pantas bertindak. Adakah anda mampu bertindak sendiri dengan pantas tanpa perlu dipaksa. Pastikan anda bukan seorang kaki tangguh kerja penting.
  5. Master plan. Adakah anda ada sasaran jangka panjang, sederhana dan pendek. Pastikan ada senarai sasaran tersebut atas kertas dan bukan sekadar angan-angan dalam kepala bila nak tidur.
  6. Dokumen dan fail. Bagaimana anda uruskan segala dokumen penting. Pastikan ada sistem fail yang teratur dan mudah dikeluarkan bila perlu.
  7. Budaya mencatit. Bagaimana anda simpan segala maklumat atau idea penting yang anda dapat selama ini. Pastikan sentiasa ada buku nota atau diari jadi amalan hidup. Jangan ingat anda punya kuat daya hafalan sepanjang masa.
  8. Muhasabah dan refleksi. Berapa kerap anda semak kedudukan segala perancangan yang anda ada dalam tempoh setahun. Pastikan paling kurang anda semak sekali dalam tempoh sebulan.
  9. Blok masa dan tempat. Adakah anda peruntukkan masa yang tetap dan tempat yang sesuai untuk aktiviti merancang dan menyemak status diri dan perniagaan anda. Pastikan anda serius dengan aktiviti ini dan ada pendekatan mudah untuk pastikan ianya dilaksanakan secara berdisiplin.
  10. Akses maklumat dan ilmu baru. Adakah anda punya akses yang mudah dan pantas untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru. Pastikan anda biasa dengan aktiviti mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru ini dan punya akses pantas untuk aktiviti tersebut.
  11. Jaringan sokongan dan bantuan. Berapa ramai kenalan atau kawan-kawan yang anda ada yang dapat bantu diri dan perniagaan anda. Pastikan anda ada ramai kawan-kawan sebegitu.
  12. Pilih kawan yang bermanfaat. Berapa kerap anda lepak dengan kawan-kawan yang lalok dan leka membuang masa. Kurangkan masa dengan mereka ke tahap yang paling minimum hampir zero.
  13. Role model. Adakah anda punya role model. Pastikan anda ada paling lekeh seorang role model yang anda kagum dan sentiasa ikuti perkembangannya.
  14. Kawan berniaga. Berapa ramai kawan-kawan usahawan dari industri berbeza yang anda kenal. Pastikan anda ada ramai kawan-kawan sebegitu.
  15. Kawan bincang dan brainstorm. Berapa kerap anda jumpa kawan-kawan tersebut di atas. Pastikan anda luangkan masa secara konsisten untuk bertemu dan berbincang dengan mereka setiap bulan.

Setakat itu saja senarai semakan mantapkan tabiat yang anda perlu lihat dan fikirkan. Mana yang lemah atau tak, usahakan untuk adakan. Mana yang dah mantap teruskan atau mantapkan lagi.

Pendek saja artikel kali ini.

Lepas ini saya buat pula senarai semakan untuk perkara penting lain yang boleh bantu anda mantapkan perniagaan yang sedang anda jalankan.

6
0
Share 6
Tweet 0
Total
6
Shares
Share 6
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • kembangkan bisnes
  • mantapkan perniagaan
  • panduan bisnes
  • senarai semak
  • sikap berjaya
  • tabiat diri
  • tips usahawan
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Macam mana nak sukses dalam perniagaan yang anda ceburi

  • 07/02/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kewangan

Panduan 20 senarai semak pengurusan kewangan perniagaan anda

  • 14/02/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan

Read More
  • 5 min
  • Pengurusan
  • Tabiat

Apa kerja paling utama yang sepatutnya anda perlu lakukan bila mula berniaga

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup
  • Tabiat

Adakah anda bahagia dan apa yang anda faham tentang makna bahagia?

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

Selangor lancar siri video kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Mikro di Zaman Covid-19

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Anda juga boleh jadi seorang yang sentiasa kreatif jika ikut 9 cadangan ini ..

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.