Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
670
2K
308
13
0
  • Tabiat

5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/02/2021
  • 2 comments
  • 6 minute read
Total
3
Shares
3
0
0
0
0
0

Secara umum, anda boleh pilih dua cara untuk buat perubahan besar dalam hidup.

Cara Pertama;

Dengan melakukan satu perkara yang drastik dan dramatik. Contohnya seperti sertai program transformasi hidup yang menjanjikan hasil hebat dalam masa yang singkat.

Ada banyak tawaran sebegitu saban hari diiklankan. Ada tawaran naikkan sales perniagaan anda dari RM100 ribu kepada RM1 juta setahun dengan pantas dan luar biasa.

Atau tawaran untuk jadi pandai saham buat RM20 ribu dalam masa 20 minit saja!

Tawaran sebegitu sangat mengujakan. Sama macam orang mengantuk disorongkan bantal. Orang sedang sakit dijanjikan ubat ajaib segera pulihkan kesihatan.

Syarat asas untuk membolehkan anda buat semua itu adalah dengan mendapat satu suntikan motivasi luar biasa.

Semua kursus yang menjanjikan perubahan pantas luar biasa sebegitu akan dipenuhi dengan elemen suntikan motivasi yang banyak.

Bukan sukar nak naikkan semangat anda. Cukup tunjukkan 1 atau 2 testimoni beberapa anak murid mereka yang dah berjaya.

Itu cara yang dah berzaman diamalkan oleh semua agensi pengiklanan.

Mereka ambil jaguh bina badan yang memang dah berketul sasa ototnya untuk jadi jurucakap jual peralatan senaman bina badan.

Atau ambil jelitawan yang memang mukanya dah cantik merah gebu, walaupun baru bangun tidur, untuk jadi duta produk kosmetik.

Memang ada orang yang berjaya buat perubahan besar secara pantas luar biasa dengan ikut cara yang saya sebutkan di atas. Tapi bilangan yang gagal adalah jauh lebih besar dari yang berjaya.

Buat perubahan hidup dengan perlahan

Cara kedua adalah cara yang sebenarnya paling mudah dan peratusan kejayaannya adalah jauh lebih besar.

Anda hanya perlu bergerak perlahan-lahan untuk pergi laju.

Yang paling best, anda tak perlukan motivasi besar untuk buat semua itu. Tak perlu masuk kursus percuma naikkan semangat juang untuk jadi berani campak duit sekarung pada sifu agung pujaan ramai.

Anda juga tak perlu ada otak yang geliga untuk melakukan cara kedua ini. Siapa saja boleh buat, miskin atau kaya, genius atau purata.

Sebab ianya terlalu mudah, maka anda tak perlu masuk kursus atau ikuti kelas khas pun untuk melakukan itu semua. Malah anda memang dah ada semua keupayaan tersebut dari kecil sampai sekarang.

Saya terangkan kat bawah ni. Teruskan membaca ..

2 keadaan lazim berlaku dalam hidup

Majoriti besar kawan-kawan dan orang yang anda kenal, malah mungkin anda sendiri, adalah golongan sedang-sedang saja.

Bagus sangat pun tidak. Teruk sangat pun tidak.

Jika anda semak balik perjalanan hidup dari kecil sampai besar, ada dua kejadian atau keadaan yang selalunya berlaku bersilih ganti.

Keadaan Pertama;

Anda berada dalam dalam keadaan yang dirasakan hampir musnah atau hampir tewas.

Hampir tewas saja. Tapi masih belum tewas. Hampir musnah, tapi masih tak musnahpun.

Keadaan Kedua;

Bila berada dalam keadaan begitu, segala hormon, segala ilmu, segala kemahiran dan segala saka yang memang dah ada dalam tubuh badan akan dirembeskan keluar.

Maka berlakulah perubahan yang membawa anda keluar dari keadaan hampir tewas atau hampir musnah tersebut.

“Kebanyakan orang akan berlegar dalam keadaan hampir tewas kemudiannya berjaya naik semula dan terhenti pada tahap survival saja. Lepas tu turun dan naik dalam 2 keadaan tersebut sepanjang hidupnya”

hidupringkas.com

Contoh mudah adalah seperti tiba-tiba anda kena buang kerja sebab syarikat jatuh teruk dan terpaksa tutup operasi.

Bila dapat berita sedemikian anda terus rasa lemah rasa nak jatuh tertiarap (tapi tak jatuhpun). Itu contoh keadaan dirasakan hampir musnah.

Sekejap saja selepas itu, anda mula buat macam-macam usaha pulihkan keadaan. Tindakan anda luar biasa. Tak selalu anda akan buat macam tu. Tanya kawan, cari maklumat, tulis surat, e-mail, whatsapp, mesej dan akhirnya anda dapat kerja semula.

Sekejap saja anda pulih semula dan berada dalam keadaan survival semula. Itu adalah keadaan kedua. Hidup semula dan selamat dari keadaan hampir musnah tadi. Dapat kerja baru dan anda gembira sebab keadaan dah kembali normal.

Tak berjaya keluar dari siling average

Bila dah pulih, anda akan berkekalan sedemikian. Jadi average saja macam tu sehinggalah berlaku pula keadaan hampir musnah sekali lagi.

Begitulah selalunya berlaku dalam kehidupan. Silih berganti dalam 2 keadaan. Masuk fasa hampir musnah, kemudian pulih semula masuk fasa survival.

Fasa survival adalah fasa yang ada pada semua orang yang tidak berada dalam fasa hampir tewas. Itu fasa paling tinggi yang semua orang biasa-biasa capai sepanjang hidup mereka.

Mereka yang berjaya keluar dari garisan survival, melonjak naik melebihi average tak ramai.

Anda ada semua keupayaan jadi luar biasa

Punca utama tak berjaya keluar adalah, setiap kali dah masuk ke fasa survival, anda mula hentikan usaha penambah baikan. Dah mula pegang balik kepercayaan bahawa untuk jadi luar biasa perlukan bantuan dan fenomena luar biasa.

Sedangkan anda memang dah ada semua keupayaan itu. Dibuktikan dengan apa yang mampu anda lakukan untuk keluar dari fasa hampir tewas tadi. Bukan sekali dua anda berjaya buat. Malah lebih dari sekali.

Samada dalam keadaan sangat teruk atau perkara kecil-kecil saja. Contoh kena buang kerja mungkin keadaan besar.

Tapi keadaan kecil selalu berlaku. Seperti kantoi kena tangkap tipu kawan. Atau kantoi kena tangkap simpan gambar awek dalam beg sekolah. Setiap kali hadapi keadaan hampir tewas kecil begitu, biasanya anda akan lepas juga dari isu tersebut dengan berbagai cara. Macam tulah lebih kurang contohnya.

Saya hanya nak yakinkan bahawa semua keupayaan luar biasa selesaikan masalah memang dah ada pada diri anda.

Tapi ..

Anda masih juga jadi average berbanding kawan yang nampaknya berjaya lebih dari yang lain .. KENAPA?

Beramal dan terus istiqamah

Masalah besar dialami oleh ramai orang, bila dah keluar dari fasa hampir tewas dan kemudiannya ke fasa survival, dia terus selesa dan statik.

Anda boleh buat perubahan menuju melepasi fasa average, jika bermula dari sekarang, beramal dengan perkara-perkara kecil yang mudah. Dan lakukan secara tetap dalam tempoh masa yang mencukupi lamanya.

Ketika berada dalam keadaan survival, anda perlu rebut peluang tersebut.

Kuasa mengamalkan perkara baik walaupun kecil tapi dilakukan secara konsisten adalah sangat luar biasa.

Contoh paling mudah adalah seperti anda amalkan gerakan tomoi setiap hari selama 30 minit berterusan untuk 5 tahun. Berbanding seorang yang pulun belajar gerakan tomoi selama 12 jam sehari selama 3 atau 3 bulan kemudian berhenti.

Pi lawan tengok siapa jadi sayur. Kemahiran kedua orang tersebut adalah umpama langit dengan bumi.

5 perkara kecil yang anda boleh mula sekarang

Punya lah panjang muqadimah saya nak yakinkan anda idea yang nak saya ketengahkan ni.

Tanpa buang masa lagi. Saya kongsikan 5 perkara yang anda boleh mula buat sekarang.

Semuanya perkara kecil-kecil saja. Dan anda tak perlu luangkan masa yang panjang pun untuk buat semua itu.

Yang pentingnya buat secara konsisten sampai jadi darah daging dalam tempoh masa yang lama. Selagi tak mati, teruskan buat.

Akan tiba satu masa nanti, anda tinggalkan garisan average tanpa anda sendiri sedari.

Saya tak ulas panjang setiap idea yang nak syorkan di bawah ni. Nanti jadi panjang macam satu buku pula.

Ini apa yang anda boleh buat ..

  1. Baca buku 30 minit sehari – Buat setiap hari begitu dan habiskan serta cuba fahamkan apa yang anda baca. Teruskan buat macam tu sampai tua. Pilih subjek yang relevan dengan apa yang anda buat sekarang.
  2. Jumpa individu penting 30 minit atau sejam setiap minggu – Jadikan amalan ini satu ketetapan untuk diamalkan. Pilih individu yang dapat membantu kerjaya atau apa yang anda buat sekarang. Paling baik jika anda boleh senaraikan dalam 25 orang yang anda anggap penting. Dan rotate pergi jumpa.
  3. Bersenam 30 minit sehari – Yang ni saya tak perlu ulas kebaikan dan kelebihannya. Nanti bila dah tua, anda akan tahu apa manfaatnya amalan ini. tapi tak payah nak tunggu tua kerepot baru nak sedar. Mulakan sekarang. Cari masa dan jadikan keutamaan.
  4. Simpan 10% dari pendapatan anda setiap bulan – Samada pendapatan anda banyak atau sikit, setiap kali dapat, asingkan 10% dan simpan. Buat sampai bila-bila pada semua pendapatan yang anda jana.
  5. Buat satu kebaikan pada orang lain setiap hari – Jangan habiskan sehari hidup anda tanpa melakukan satu kebaikan kepada orang lain. Tak kisahlah apa jenis kebaikan yang anda nak buat, yang pentingnya mesti cara dan buat. Senyum pun satu kebaikan. Tolong buka dan sekat pintu orang yang nak masuk bangunanpun satu kebaikan. Tak harap terima kasih.

Ada banyak lagi yang boleh disenaraikan.

Asalkan ianya simple, baik dan boleh diamalkan secara konsisten, maka lakukan saja. yang pentingnya kecil dan tak perlukan tenaga yang besar dan banyak.

Jangan berhenti atau gibab selepas 5 atau 6 bulan. Memang tak nampak apa-apa kesanpun dalam tempoh macam tu. Tapi teruskan saja. Mata hati anda perlu lihat jauh ke depan. Hasil yang besar, insyaallah sedang menanti anda di depan sana, bila tiba masanya nanti.

Nota: Maaf pada pembaca awal artikel. Biasanya semua artikel saya tulis, tak buat semakan ayat dan ejaan. Saya terus jadualkan untuk posting. Bila ada masa saja saya akan baca semula dan betulkan jika ada kesilapan.

3
0
Share 3
Tweet 0
Total
3
Shares
Share 3
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • amalan kecil
  • compounding effect
  • panduan hidup
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Tabiat

Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/02/2021
Read More
Next Article
  • Kewangan

Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 01/03/2021
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Cara betul bernafas yang anda mungkin tak pernah ambil peduli selama ini

Read More
  • 5 min
  • Tabiat

Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan

Read More
  • 6 min
  • Tabiat

Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan

2 comments
  1. mrhanafi says:
    11/04/2021 at 9:59 pm

    perkongisian yang sangat awesome..

    nak berjaya mesti ikut kata tuan yang sidah pun berjaya..

    alhamdulllah

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      11/04/2021 at 10:25 pm

      Terima kasih Tuan Hanafi !

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Mula berniaga
    10 sebab paling tinggi kenapa perniagaan gagal

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.