Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
549
2K
277
14
0
  • Tabiat

5 kriteria pemimpin hebat yang anda perlu ikut dan amalkan

  • 23/10/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
3
Shares
3
0
0
0
0
0

menjadi seorang pemimpin hebatBukan mudah nak jadi seorang pemimpin hebat. Setakat jadi pemimpin yang baik, mungkin lebih mudah. Apatah lagi kalau nak jadi pemimpin yang bengap, tak perlu masuk mana-mana sekolah untuk jadi seorang pemimpin yang bengap.

Saya ada tulis artikel berkenaan ciri-ciri asas yang perlu ada pada seorang pemimpin sebelum ini. Boleh baca pada pautan di sini. Artikel tersebut saya petik dari portal Harvard Business Review.

Lanjutan dari artikel itu, saya terima satu email dari Cornerstone University, minta untuk saya selitkan juga sudut pandang mereka terhadap apakah yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Oleh kerana mereka tawarkan untuk saya siarkan semula artikel mereka secara berasingan, kalau saya mahu, maka saya ambil peluang itu untuk tulis artikel ini. Nanti saya berikan kredit pautan artikel mereka itu kat bawah sekali.

Perkataan yang sinonim dengan pemimpin hebat

Jika ada satu perkataan sahaja yang boleh disebutkan untuk menceritakan apa itu pemimpin, perkataan tersebut sudah semestinya, “pengaruh”.

Tak akan wujud seorang pemimpin, yang tidak ada keupayaan untuk mempengaruhi orang lain. Macam mana orang nak ikut kalau anda gagal untuk mempengaruhi mereka?

Pengaruh membuatkan orang sudi ikut anda secara sukarela.

Mungkin anda ada pemimpin kat tempat kerja, kat persatuan atau kat mana-mana saja organisasi. Atau anda sendiri merupakan komponen dalam satu keluarga. Pemimpin kepada keluarga anda sendiri, juga anak kepada ayah yang menjadi pemimpin keluarga anda.

Dalam organisasi yang ada heirarki, anak buah ikut boss, kadangkala disebabkan pengaruh kuasa. Dia jadi pemimpin yang orang ikut, hanyalah disebabkan dia ada kuasa. Dalam keadaan itu, belum tentu lagi anda boleh dianggap sebagai seorang pemimpin yang hebat.

Nak tahu samada anda punya ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat, cuba ketuai satu perkumpulan sukarela.

Tengok samada orang nak ikut cakap anda atau tidak.

Kalau di situpun, semua orang dengan sukarela suka ikut, maka terbukti anda sebenarnya memang pemimpin yang hebat tanpa faktor kuasa memainkan peranan untuk membuatkan orang ikut.

5 kriteria pemimpin hebat

Soalan yang perlu dijawab adalah macam mana nak jadi macam itu?

Kita lihat apa kata tulisan dari Cornerstone University yang saya sebutkan kat atas tadi.

Menurut pendapat mereka, ada 5 kriteria yang perlu ada jika anda berhasrat membina sifat kepimpinan yang hebat dalam diri.

Anda jadi pemimpin yang hebat bukan sebab keupayaan anda meloloskan diri bermain politik sehingga berjaya naik ke atas jadi pemimpin. Bukan juga disebabkan oleh faktor ‘siapa anda kenal’. Bukan juga kerana anda pandai cakap dan pandai menaikkan semangat orang lain.

Itu semua memang memainkan peranan sedikit sebanyak. Tapi ada faktor lain yang lebih mendalam yang perlu diterapkan menjadi amalan dalam diri.

#1. Perbaiki diri sendiri terlebih dahulu

Sebelum nak suruh orang lain ikut, pemimpin yang hebat wajib memikirkan pembaikan dirinya sendiri terlebih dahulu. Sebab itu dia jadi pemimpin yang sentiasa berada di depan dalam semua sudut. Dari segi budaya kerja, integriti dan sebagainya, dia sentiasa kehadapan melebihi orang lain.

Kalau dia asyik suruh orang lain meningkatkan diri sedangkan dia tak pernah ambil masa untuk fikirkan pembaikan dirinya, jangan harap orang nak ikut secara sukarela. Kalau ikutpun hanyalah secara terpaksa.

Oleh itu ayat seperti, ‘dengar apa aku cakap, bukan tengok apa aku buat’, memang tak boleh pakai buat seorang pemimpin yang hebat.

Kalau anda nak orang bawah datang awal, anda sendiri perlu datang awal. Kalau nak orang bawah berlaku baik terhadap pelanggan, jangan anda sendiri mengata kat belakang pelanggan. Kalau nak maklum balas yang pantas, anda sendiri perlu pantas memberikan respon.

4 soalan ini boleh ditanya pada diri anda sendiri,

  1. Aku suruh orang lain buat apa yang aku sendiri tak mahu buat ke?
  2. Apakah aku hanya peduli kepentingan diri aku sendiri atau kepentingan orang lain juga?
  3. Apakah aku berikan contoh yang baik untuk diikuti, aku aku harap orang tak perasan perkara mangkaq yang aku buat?
  4. Adakah aku sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri?

#2. Sentiasa mengalukan maklum balas

Bukanlah anda seorang pemimpin yang hebat seandainya tak suka dengar kritikan. Anda perlu bersedia menerima maklum balas samada positif atau negatif. Realitinya, semua orang pasti ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Itu perlu diterima dengan hati yang terbuka.

Jika anda sentiasa dikelilingi oleh hanya mereka yang kuat kipas sahaja, itu petanda kecelakaan yang lambat atau cepat akan melanda.

Jadi perlu berhati-hati dengan sikap anda menerima maklum balas supaya anda akan dikelilingi oleh semua orang yang jujur dan berterus terang. Bina kepercayaan dengan tidak bersikap memperthankan diri bila kena kritik. Baru orang selesa untuk kritik.

Anda ada kuasa sebagai pemimpin bukan untuk digunakan bagi memaksa orang ikut buta tuli. Kuasa itu hanya digunakan ke arah mendorong semua orang mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Semua orang perlu memainkan peranan masing-masing secara maksimum dan telus tanpa ada perasaan takut atau tergugat.

Pertimbangkan soalan-soalan berikut di bawah,

  1. Semua orang keliling aku bersedia berikan maklum balas yang tulus ke?
  2. Bila kali akhir orang dekat akau berikan kritikan yang membina?
  3. Ada tak dikalangan orang sekeliling yang tak suka kat aku?
  4. Adakah aku mendengar dengan tekun bila seseorang datang menyatakan kritikannya terhadap aku?

Maklum balas bukan semuanya manis. Ia perlu sentiasa disulam antara yang manis dan pahit. Itu perkara asas yang perlu ada dalam membina keupayaan diri sebagai seorang pemimpin yang hebat. Kalau tidak, anda akan hanya merosakkan organisasi yang hendak dibina.

#3. Sentiasa belajar sehingga ke liang lahad

Kalau mahukan peningkatan, anda perlu bersedia membuat perubahan. Menerima perkara baru, mencuba amalan baru, melepaskan pepercayaan dan amalan lama walaupun ianya selesa tetapi hakikatnya tak bawa anda kemana-mana.

Bila dah jadi boss kat atas tu, kesilapan paling besar yang anda boleh lakukan adalah berhenti dari belajar. Anggapan terhadap diri bahawa anda dah tahu semua, adalah titik tolak kepada bermulanya era kejatuhan.

Oleh itu, kalau nak jadi seorang pemimpin yang hebat, kerja mencari ilmu perlu diamalkan sehinggalah ke liang lahad. Tapi bukan maksud saya untuk buat wasiat kat anak bini simpan mayat anda nanti sekali dengan buku dan tablet dalam keranda.

Ertinya selagi hidup, anda perlu belajar perkara baru, kemahiran, teknologi, pemikiran, konsep dan lain-lain sepertinya yang ada hubung kait dengan apa yang anda buat. Beli dan baca buku baru, layari atau langgani internet mencari maklumat terkini dan lain-lain.

Cuba jawab soalan berikut,

  1. Bila kali akhir aku baca dan habiskan sebuah buku?
  2. Bila kali akhir aku luangkan masa bertukar pandangan dengan orang yang tak bersetuju dengan pendapat aku?
  3. Bila kali akhir aku cuba hadam buku atau tulisan yang mencabar keupayaan intelek aku?
  4. Adakah aku membina diri menjadi sumber maklumat dan peransang kepada orang lain?

#4. Bertanggung jawab penuh

Ini perkara yang menjadi trademark seorang pemimpin hebat. Dia akan menerima tanggung jawab penuh terhadap semua yang berlaku. Kerana sebagai seorang pemimpin, akhirnya semua akan pulang balik kepada dirinya sendiri.

Mungkin atas dasar perlaksanaan yang salah, polisi yang tak betul atau pemilihan orang yang tidak sesuai.

Jadi nak salahkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri.

Pemimpin yang paling tak guna ialan jenis yang, apabila perkara baik berlaku dia kaut semua kredit. Tapi bila yang tak baik berlaku di tuding jari pada semua orang lain kecuali dirinya.

Cuba jawab soalan-soalan berikut,

  1. Bila sesuatu tak elok berlaku, apakah aku mula nak cari kambing hitam?
  2. Apakah aku takutkan kegagalan? dan adakah ianya berpunca daripada ketidak danggupan aku menerima tanggung jawab penuh?
  3. Bagaimana akhirnya tanggung jawab itu terletak di bawah tanggungan aku?
  4. Apa langkah yang perlu aku lakukan supaya mampu menjadi lebih bertanggung jawab?

Suka atau tak suka, kegagalan tentu saja akan berlaku, perkara tak elok akan datang menghujani diri. Ia sama saja samada dalam kehidupan atau dalam perniagaan. Hanya apabila anda bersedia bertanggung jawab untuk menerimanya, barulah usaha untuk membetulkannya dapat dilakukan.

#5. Memimpin orang lain naik atas

Perkara paling mudah untuk semua orang buat adalah berusaha menjatuhkan orang lain. Ini sentiasa dibantu oleh hakikat bahawa, kegagalan setiasa saja akan berlaku dalam kehidupan semua orang sebagai manusia biasa.

Bila berlakunya kegagalan, terus saja gunakan kesempatan itu untuk jatuhkan orang yang disasarkan. Menjatuhkan orang lain jadi mudah disebabkan semua orang akan menghadapi masa gagalnya. Tunggu saja dan bila berlaku terus ambil kesempatan.

Tapi itulah yang akan membezakan antara anda dengan orang lain. Samada anda seorang pemimpin yang hebat atau pengambil kesempatan yang hebat.

Boleh kritik orang bawah, tapi bukan dengan niat untuk menjatuhkan martabat atau menghina dia supaya hati anda puas. Sebaliknya menggunakan kecerdikan akal yang ada, mengkritik berdasarkan kesesuaian, yang mampu melonjakkan semula orang lain naik ke atas.

Soalan yang anda boleh tanya pada diri sendiri,

  1. Apakah intonasi suara akau jenis laser atau positif?
  2. Adakah orang sekeliling aku sentiasa takut buat salah depan aku?
  3. Adakah aku mencari sudut positif orang lain dan memberikan pujian terhadapnya?
  4. Apa nisbah galakan berbanding kritikan yang biasanya aku berikan?

Ada kalanya anda perlu berlaku tegas ketika memimpin dan berkomunikasi. Itu itu bukan bermaksud untuk menjahanamkan orang lain. Ia terpaksa dilakukan bagi menunjukkan tahap penting sesuatu keadaan.

Ketegasan pula tidak dilakukan sehingga orang bawah rasa anda sudah hilang sokongan dan kepercayaan terhadap mereka. Mereka akan mendapat mesej bahawa anda hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.

Rumusan pemimpin hebat

Akhir kalam, kepimpinan bukanlah perkara mudah setakat keupayaan memberikan arahan buat itu dan ini. Ia sebenarnya ciri-ciri dalaman keperibadian diri anda sendiri yang terhasil dari disiplin dan amalan mulia yang sentiasa diterapkan sepanjang kehidupan.

Saya sendiri tersedar bila baca semula apa yang ditulis tersebut di atas bahawa diri ini terlalu jauh di belakang.

Banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dalam organisasi yang saya cuba bina. Patutlah sampai sekarang masih tak ke mana-mana berbanding orang lain yang lebih jauh ke depan!

Artikal asal ada di pautan sini. Bukanlah 100% seperti mana yang ditulis dalam artikel asal itu, tapi saya olah berdasarkan kefahaman saya sendiri. Jika ada kekurangan mohon segera berikan kritikan kat bawah ruang komen ini.

3
0
Share 3
Tweet 0
Total
3
Shares
Share 3
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • boss
  • jati diri
  • kepimpinan
  • ketua
  • memimpin
  • pemimpin
  • pengaruh
  • petua berjaya
  • Usahawan berjaya
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
Macam mana nak mula buat bisnes
  • Keusahawanan

Pening nak buat bisnes tapi tak tahu nak mula kat mana

  • 17/10/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
tadbir urus perniagaan anda
  • Keusahawanan

Tips urus tadbir perniagaan untuk usahawan kecil

  • 24/10/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan

Read More
  • 5 min
  • Pengurusan
  • Tabiat

Apa kerja paling utama yang sepatutnya anda perlu lakukan bila mula berniaga

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup
  • Tabiat

Adakah anda bahagia dan apa yang anda faham tentang makna bahagia?

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

Selangor lancar siri video kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Mikro di Zaman Covid-19

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Anda juga boleh jadi seorang yang sentiasa kreatif jika ikut 9 cadangan ini ..

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

12 comments
  1. introducer acc semasa says:
    23/09/2019 at 3:39 pm

    bukan senag nak meminmpin ni rupanya….

    Reply
  2. Rosnani bt Mohmad Rozali says:
    25/08/2019 at 6:00 pm

    Insyaallah semoga mampu jadi pemimpin yg boleh di percayai.

    Reply
    1. Shubhi says:
      28/09/2019 at 7:13 pm

      Insyaallah !

      Reply
  3. Rapunzeel Cikilolo says:
    29/10/2017 at 10:53 am

    terlalu jauh lagi perjalanan saya untuk menjadi pemimpin yang hebat.

    mengumpul lebih ramai orang kepercayaan bagi saya paling penting dalam menjadi seorang pemimpin yang hebat.

    tak kisahla kritikan atau pujian. semuanya kita perlu rumuskan untuk mendapatkan hasil kepimpinan yang lebih baik.

    wallahualam.

    Reply
  4. mrhanafi dot com says:
    23/10/2017 at 5:57 pm

    tinggi juga kriteria kepada pemimpin yang hebat…

    apa kata tuan tulis ciri-ciri pengikut yang hebat pula..

    golongan ini lagi ramai sebenarnya..

    haarp bukan pengikut yang bengap pula..

    Reply
    1. Shubhi says:
      24/10/2017 at 11:59 am

      Haha ! pengikut yang hebat ! menarik juga soalan tu. Bagaimana agaknya nak jadi pengikut yang hebat ?

      Reply
  5. Mazni Azmi says:
    23/10/2017 at 4:04 pm

    Ambil tanggungjawab atas semua perkara yang berlaku

    Terutama kalau nak marah

    Reply
    1. Shubhi says:
      24/10/2017 at 12:00 pm

      Ya! marahkan diri sendiri

      Reply
  6. Anuar says:
    23/10/2017 at 9:09 am

    Untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat kena mengamalkan kepimpinan melalui teladan…
    Kena perbaiki diri sendiri dulu sebelum memimpin orang lain..

    Reply
    1. Shubhi says:
      24/10/2017 at 12:00 pm

      Setuju tu !

      Reply
  7. Jejaka Penapis Air Coway says:
    23/10/2017 at 8:25 am

    Setuju dengan artikel dan penulisan diatas, kadang-kadang boleh buat untuk muhasabah diri balik kemana kita dah pimpin dorang.

    kelaut atau kearah direction yang betul.

    Thanks!

    Reply
    1. Shubhi says:
      24/10/2017 at 12:01 pm

      Ya! perlu rajin bermuhasabah !

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.