Saya ada kongsikan video terbaru berkenaan perkara yang usangat penting perlu anda lakukan bila dah mula berniaga.
Bukan mudah nak ubah dari seorang yang tak pernah berniaga lansung, kemudian nak mulakan perniagaan.
Memang begitu lumrahnya kita, manusia yang lemah ni.
Antara perkara yang paling ramai tak suka. Dan saya yakin anda juga sama saja macam saya. Kita tak suka ada perubahan. Kita memang sangat degil untuk menerima perubahan.
Ya lah!
Berubah memang tak selesa.
Kita dah rasa sedap dan selesa. Duduk dalam kepompong. Tetiba nak dipecahkan kepompong keselesaan itu untuk bertukar jadi bentuk lain pulak.
Memang ianya satu yang menyakitkan samada fizikal mahupun emosi.
Tapi itu semua terpaksa ditelan juga kalau mahukan perubahan yang lebih baik. Tak akan jadi lebih baik seandainya tidak ada perubahan. Sesuatu yang berubah hanya ada dua cara.
Satu, dari tak baik kepada baik. Dan 2 dari baik jadi tak baik. Kita bercakap tentang yang pertama tu. Kalau nak berubah dari baik jadi tak baik, lebih baik kekal jangan berubah
Ringkasnya, dari tak berniaga berubah untuk mula berniaga adalah satu usaha yang sangat baik.
Jadi bila dah mula berniaga tu, nak kena buat apa pulak?
Itu yang saya kongsikan dalam video kat bawah ni.
Ada perlu buat perkara yang sangat penting iaitu mula cari kawan dan berkawan. Saya cakap secara ringkas sahaja dalam video di bawah ni nak tekankan betapa penting untuk terus lakukan usaha cari kawan ni.
Kenapa perlu ada kawan?
Apa yang kita nak dari kawan-kawan?
Bab itu saya terangkan dalam artikel ini secara lebih mendalam. teruskan membaca disambungan kat bawah ni ..
Apa yang anda perlukan daripada kawan-kawan?
Apa yang anda perlukan daripada kawan-kawan usahawan lain yang anda kerap berjumpa bila dah mula berkawan?
Penting untuk anda tahu, apa yang anda mahukan bila dah berkawan dengan mereka.
Kalau tidak, banyak masa akan terbuang.
Anda akan hanyut sekadar berkawan saja dengan semua orang tanpa dapat kenal pasti samada dia mampu berikan kepada anda perkara penting yang diperlukan untuk berjaya atau tidak.
Oleh itu, perlu tahu perkara yang anda nak dari kawan-kawan yang sering anda jumpa dan luangkan masa.
Untuk itu, saya kongsikan 8 perkara berikut yang anda perlukan daripada kawan-kawan usahawan lain.
#1. Kekuatan dan sokongan membina diri
Kawan untuk mengarut dan membuang masa mudah saja nak cari.
Kawan yang memang dah jadi sifat semula jadinya sentiasa ikhlas memberikan semangat serta galakan untuk anda terus menjadi lebih baik bukan mudah nak cari.
Dalam banyak-banyak perkara, ini yang agak sukar untuk anda dapatkan. Biasanya kawan yang mampu berikan bantuan untuk anda membina diri jadi lebih baik ni lebih senior dari anda dan mereka ada banyak pengalaman.
Mereka juga memang sangat berjaya dan ada hasrat mahu melihat seseorang yang dia boleh bantu untuk pergi lebih jauh.
Terus terang, saya masih tercari-cari seseorang yang macam ini. Sebelum ini memang ada tapi malangnya dah pergi lebih awal sebelum saya berjaya jadi apa-apa.
Anda perlu peka dan kenal pasti siapa antara kawan yang anda ada memang jenis macam tu. Kalau tak ada lagi, cari sampai jumpa. Kalau ini tak ada, anda akan hadapi masalah untuk pergi lebih jauh lagi.
Bila anda jumpa kawan yang macam ini, ada saja perkara baru yang tercetus. Ada saja semangat baru tercungkil keluar untuk anda segera buat pembaikan. Hala tuju semakjn jelas dan jalannya juga semakin luas.
Kawan jenis ini memang sentiasa memberikan motivasi untuk anda terus membina diri. Bukan saja dia mampu berikan motivasi dan inspirasi. Malah dia juga mampu tunjukkan jalan dan pedoman bagaimana nak ambil jalan tu secara terperinci.
#2. Bantu kekalkan keyakinan diri anda
Ini perkara kedua yang anda perlukan dari kawan-kawan.
Anda perlu kekalkan keyakinan diri yang kuat. Perlu percaya kepada keupayaan anda sendiri. Kalau kepercayaan diri hangus. maka hangus jugalah kemungkinan untuk anda berjaya dan terus berusaha.
Kepercayaan diri anda akan jadi lebih kuat bila ada kawan-kawan yang dengan ikhlas, yakin dan percaya akan kemampuan dan kekuatan yang anda ada. Mereka bukan buat-buat. Tapi ikhlas dan betul-betul percaya dan kagum dengan anda.
Mereka malah rasa bangga menceritakan pada orang lain yang mereka kenal anda.
Bila rasa down, pergi jumpa kawan-kawan jenis macam itu, anda terus hilang rasa lemah tersebut dan bertukar menjadi yakin dan kuat semula. Itulah gunanya ada kawan-kawan yang mampu berikan keyakinan diri jadi lebih kuat.
Untuk perkara yang ke 3 hingga ke 8 akan saya sambung dan post pada hari khamis ini. Insyaallah!