Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
554
2K
278
14
0
  • Tabiat

Beli buku dan tak baca perkara biasa dan ada manfaatnya

  • 29/10/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Bagi mereka yang suka baca buku tentu akan hadapi masalah ini.

Masalah orang kaki baca buku adalah tak dapat tahan dari keinginan untuk masuk kedai buku setiap kali terserempak dengannya.

Kalau masuk ke Pusat Membeli Belah yang ada kedai buku, tentu mereka yang kaki baca buku akan singgah masuk ke dalam kedai buku tersebut.

Kalau ada pameran atau jualan istimewa buku dilakukan di ruang legar pasaraya atau di mana-mana saja, keinginan untuk pergi ke jualan tersebut amat tinggi.

Bila dah mula belek buku yang baru. Atau jumpa buku menarik yang masih belum ada dalam koleksi di atas rak buku di dalam rumah, akan datang pula masalah berikutnya.

Masalah nak beli buku tu dan nak balik baca… kononnya.

Beli buku lebih dari kemampuan baca

Saya tak tahu samada pembaca yang kaki baca buku alami masalah ini atau tidak.

Tapi saya secara peribadi memang alami masalah suka masuk kedai buku, suka belek buku baru dan seterusnya suka beli bawa balik rumah.

Bila buku dah jadi satu benda yang bertindak semacam magnet, di mana saja adanya timbunan buku, tentu akan menarik perhatian saya.

Bau buku macam bau vanilla tu, warna warni yang indah pada kulit buku, keterujaan membuka buku dan membaca tajuk, baca ringkasan di belakang buku, memegang buku baru, dan lain-lain seumpamanya, dapat timbulkan rasa lazat yang tak dapat digambarkan.

Punca utama habiskan duit yang ada beli untuk buku baru yang tak pernah dibaca lagi timbul dari rasa ingin tahu yang mendalam.

Juga berpunca dari kesedaran diri bahawa apa yang dibahaskan atau dituliskan dalam buku tersebut adalah sesuatu yang menarik  dan diri ini tak tahu lagi tentang topik atau bahan tersebut. Masih jahil tentangnya.

Timbul pula kesedaran bahawa terlalu banyak yang saya masih tak tahu dan ingin nak tahu.

Semua itu membuatkan aktiviti beli buku jadi amat laju.

Malangnya, kemampuan untuk luangkan masa yang ada untuk habis baca kesemua buku yang dibeli adalah terhad.

Jumlah buku baru yang jadi koleksi mengatasi kemampuan membacanya sampai habis.

Hasilnya, buku di bawa balik, dibaca sedikit, tak sempat habis, lalu disusun atas rak. Kononnya nak sambung nanti. Dan akhirnya terlekatlah buku itu kat situ.

Sebab ada lagi buku lain yang masih belum habis di baca.

Beli pulak buku baru dan begitulah pusingannya yang membuatkan koleksi buku tak habis baca bertambah di atas rak kat rumah. Malah ada buku yang dah dibeli, tak pernah dibuka lansungpun untuk dibawa. Hanya tersimpan begitu saja untuk tontonan.

Istilah khas buku tak baca dalam Bahasa Jepun

Sebenarnya ada satu istilah khas dalam Bahasa Jepun tentang buku yang dibeli lalu disusun atas rak dan belum di baca.

Mereka panggil Tsundoku.

Saya pasti tak ada istilah yang sama dalam Bahasa Malaysia. Kita terpaksa guna ayat panjang untuk terangkan buku macam tu.

Kalau dalam Bahasa Inggeris, penulis dan ahli statistik terkenal Nassim Nicholas Taleb namakan koleksi buku sebegitu sebagai ‘Antilibrary’.

Kalau kat rumah anda ada tempat yang besar jadi simpanan Antilibrary atau Tsundoku ini, jangan risau.

Ia bukanlah satu petanda yang tak baik.

Bukan petanda yang anda pemalas atau tidak bijak.

Tapi ianya adalah sesuatu yang baik sebenarnya.

Manfaat adanya Tsundoku kat rumah

Manfaat paling besar, kalau anda sudah berkeluarga dan punya anak-anak, adalah kesan positif yang timbul pada anak-anak anda itu.

Kajian mendapati kanak-kanak yang terdedah kepada jumlah buku yang banyak, antara 80 hingga 350 buah buku, kat rumah mereka, jauh berupaya dari segi pembacaan, penguasaan nombor dan berkeupayaan tinggi dalam memahami teknologi bila mereka besar nanti.

Kalau anda beli banyak buku, susun kat rumah lebih dari 80 buah, ada manfaatnya pada anak-anak kat rumah tu.

Walaupun tak kesemuanya anda habis baca. Persekitaran itu membantu anak anda untuk membesar dengan lebih bijak.

Jadi itulah manfaat besarnya.

Beli buku tak baca jadi peringatan

Apa manfaatnya pulak pada anda yang beli buku banyak-banyak tapi tak kesemuanya habis di baca?

Kalau anda rasa bersalah selama ini, hentikan saja rasa bersalah itu.

Perhatikan jumlah buku-buku yang tersusun rapi kat atas rak tu.

Banyak kan!

Itulah himpunan ilmu atau maklumat atau pengetahuan yang anda masih jahil lagi tentangnya. Kat rumah anda saja ada terlalu banyak. Cuba bayangkan pulak kat kedai buku, kat perpustakaan, kat rumah orang lain, kat gedung buku besar diluar negara, kat serata dunia….

Anda perlu sedar bahawa terlalu banyaaaaaaaak maklumat dan pengetahuan yang anda masih JAHIL!.

Jadi, kalau ya pun anda dah baca banyak buku, yang anda tak baca sentiasa ratusan juta kali jauh lebih banyak.

Jangan nak sombong.

Merendah dirilah dan sentiasa mengaku jahil dan banyak perkara lagi yang anda perlu belajar.

Doakan anda panjang umur, diberikan kesempatan dan kelapangan untuk istiqamah belajar kembangkan pengetahuan anda sebelum mati.

Harapannya supaya anda menjadi manusia yang lebih baik, bermanfaat untuk manusia lain dan berguna untuk agama, negara dan bangsa.

Peringatan!

Jangan pula selepas ini asyik beli buku, simpan kat rak dan lansung tak baca sebuahpun !

Bacalah. Teruskan membaca, teruskan beli buku, ada banyak nikmat yang anda dapat kecapi darinya, Insyaallah.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • antilibrary
  • baca buku
  • beli buku
  • jahil
  • jangan sombong
  • kempen baca buku
  • rak buku
  • susun buku
  • tabiat
  • tamah ilmu
  • tambah pengetahuan
  • tsudoku
  • ulat buku
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Pemasaran

Mudah urus perniagaan kecil anda dengan teknologi

  • 22/10/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Jualan

Panduan uruskan jualan bisnes bengkel kereta guna sistem Vniaga

  • 01/11/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan

Read More
  • 5 min
  • Pengurusan
  • Tabiat

Apa kerja paling utama yang sepatutnya anda perlu lakukan bila mula berniaga

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup
  • Tabiat

Adakah anda bahagia dan apa yang anda faham tentang makna bahagia?

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

Selangor lancar siri video kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Mikro di Zaman Covid-19

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Anda juga boleh jadi seorang yang sentiasa kreatif jika ikut 9 cadangan ini ..

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

1 comment
  1. Kauthar mohd says:
    31/10/2018 at 1:01 pm

    Suasana buku byk di rumah ni mmg membantu utk ank2 suka membaca juga. Saya dpt rasai benda ni masa kecik mmg mak suka beli buka dan bacakan dgn anak2. Bila besar takleh lepas dgn buku jgk.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.