Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
612
2K
290
13
0
  • Tabiat

Bina jaringan sokongan dan bantuan sebagai kerja berterusan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 08/01/2018
  • 3 comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

tips bina jaringan

Bina jaringan, yang mampu memudahkan anda mendapatkan sokongan dan bantuan, merupakan tabiat ke-3 dan terakhir dalam siri ‘3 tabiat penting’ yang perlu ada pada anda yang mahu jadi usahawan berjaya.

Sikap tak segan untuk minta bantuan dan sokongan adalah sikap yang wajib ada pada semua usahawan yang mahu berjaya.

Buang rasa ego, buang rasa malu, buang rasa rendah dan hina yang ada, untuk memohon bantuan dan sokongan dari mereka yang mampu memberikan pertolongan yang kita perlukan.

Ramai orang nak jadi usahawan, tapi rasa takut nak berhubung dengan orang lain yang dilihat lebih berjaya darinya.

Takut dan segan boleh diterima lagi, tapi jadikan itu sebagai alasan untuk tidak mencuba berhubung tak boleh diamalkan.

Sikap buat juga, walaupun rasa segan dan takut itu, ada pada semua usahawan yang anda lihat berjaya sekarang. Selagi ada peluang, walaupun amat nipis, pastikan anda rebut juga peluang tersebut.

“Biar gagal mencuba daripada putih mata tak mencuba”

Saya tak tahu samada ayat kat atas itu adalah bidalan Melayu atau tidak. Tapi itulah yang perlu anda pegang dan jadikan amalan dalam kehidupan sebagai seorang yang mahu berjaya.

Cara bina jaringan sokongan

Ada beberapa cara yang mudah untuk anda amalkan bagi memulakan aktiviti membina jaringan sokongan dan bantuan. Saya berikan beberapa contoh kat bawah ini untuk anda mulakan dan teruskan sampai bila-bila.

Berkawan dengan orang berjaya

Ini cara paling asas dan wajib diamalkan sampai bila-bila. Kalau anda nak berjaya, paling mudah dan berkesan adalah dengan belajar dari mereka yang dah berjaya.

Berjaya pulak tidak semestinya hanya dalam ekonomi. Berjaya dalam apa saja bidang yang penting dan memberikan kesan yang baik kepada orang ramai lebih dari orang lain. Itu juga masuk dalam takrifan berjaya.

Berjaya dalam arena sukan, politik, kerjaya, seni, agama, pendidikan, akademik, kemasyarakatan, aktiviti sosial dan sebagainya adalah contoh yang berbagai dalam ertikata kejayaan. Yang pentingnya ia mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan bukannya merosakkan orang ramai.

Cuba lihat kawan sekeliling yang anda ada sekarang. Siapa mereka? apa kejayaan yang mereka dah cipta? Adakah mereka kaki kondem orang itu dan ini sedangkan mereka masih tak ke mana?

Orang yang suka kondem semua orang lain ketika bersama dengan anda, sudah tentu mudah sahaja untuk kondem anda juga ketika dia bersama dengan orang lain. Jauhkan saja manusia macam itu dari senarai kawan rapat anda.

Orang macam itu masuk dalam kategori drakula. Kalau drakula biasa suka hisap darah orang lain, mereka pula jenis drakula yang suka hisap tenaga semangat orang lain. Tenaga, semangat dan aura positif anda akan habis dia hisap ketika bersamanya.

Sasaran mudah untuk anda:

Bermula dari sekarang, pastikan anda ada sekurang-kurangnya 5 orang kawan rapat yang mudah untuk anda berhubung yang berjaya dalam arena masing-masing. Kalau anda nak jadi usahawan, pastikan ada dari kalangan usahawan yang dah terbukti berjaya dalam 5 orang tersebut.

Ikuti perkembangan orang hebat

Anda boleh mendapat banyak ilham dan inspirasi dengan mengikuti perkembangan orang-orang hebat yang anda kagumi. Ada rarami orang yang hebat dan berjaya dalam dunia masing-masing. Artis, usahawan, dermawan, ahli politik, ahli akademik, agamawan dan macam-macam lagi.

Untuk mengikuti perkembangan orang yang berjaya amat mudah sekarang. Internet membuka semua ruang tersebut dengan amat luas sekali. Semuanya ada dihujung jari anda sahaja.

Selain dari buku, video, TV, Radio, majalah yang lazimnya digunakan pakai sejak dahulu, internet adalah tambahan yang jauh lebih luas diguna pakai sekarang. Tak perlu nak ikut ramai sangat. Pilih 5 orang saja dah mencukupi.

Lihat bagaimana mereka kongsikan pendapat, lihat bagaimana mereka buat kerja, bagaimana mereka menjawab soalan, dan semua perkembangan aktiviti mereka. Anda akan mendapat idea bagaimana cara orang-orang hebat itu berfikir.

Kalau orang hebat itu ada blog umpamanya, ikuti penulisan mereka. Cuba berhubung. Buat komen untuk tonjolkan kehadiran anda. Jangan segan bertanya jika ada soalan yang memeningkan kepala anda.

Sertai seminar, kursus atau persatuan

Ini satu lagi cara mudah untuk mengumpulkan jaringan sokongan dan bantuan yang anda perlukan. Sertai mana-mana kursus yang membina. Selain dari ilmu, anda akan dapat kenalan baru untuk dibina perhubungan selepas kursus tersebut.

Masuk mana-mana persatuan atau pergerakan atau NGO yang anda rasa sesuai dan cenderung dengan minat anda. Orang yang aktif dalam persatuan dan pergerakan NGO biasanya adalah dari kalangan mereka yang positif dan bertenaga.

Kalau tak mampu sertai secara fizikal, sertai secara maya. Ada banyak group Facebook yang berfaedah. Begitu juga group Whatsapp dan lain-lain media sosial. Pilih mana yang sesuai dan jangan banyak sangat. Biarlah group yang tidak lokek berkongsikan pengalaman dan ilmu.

Kalau anda berminat, boleh sertai Group Usahawan Hidup Ringkas di FB yang saya tubuhkan.

3 tabiat penting untuk jadi usahawan berjaya

Dengan artikel ini, saya tamatkan 3 siri tulisan berkenaan tabiat penting yang perlu anda sediakan, bina sampai jadi sebati dengan amalan hidup anda.

Kalau masih makan gaji dan nak berhenti satu masa nanti, pastikan anda bersedia dengan membina 3 tabiat yang saya telah kongsikan tersebut, iaitu:

  • Bersemangat
  • Terurus dan fokus
  • Membina jaringan bantuan dan sokongan

Bukan banyakpun, hanya 3 sahaja. Tapi jika anda berjaya membina kesemuanya dengan panduan mudah yang dah saya kongsikan, insyaallah kejayaan sedang menanti anda.

Selamat berjaya!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • bantuan
  • coach
  • kawan
  • mentor
  • networking
  • panduan
  • sifu
  • sokongan
  • tabiat
  • Usahawan berjaya
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Tabiat

3 tabiat paling penting untuk jadi usahawan – Siri 2

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 04/01/2018
Read More
Next Article
panduan hadapi orang negatif
  • Tabiat

Bagaimana hadapi orang negatif dalam kehidupan anda

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 09/01/2018
Read More
You May Also Like
Read More
  • 5 min
  • Tabiat

Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi

Read More
  • 6 min
  • Tabiat

5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan

Read More
  • 6 min
  • Tabiat

Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan

3 comments
  1. maybankintroducer says:
    04/04/2018 at 11:12 am

    terima kasih tuan atas perkongsian.terbaik

    Reply
  2. Mazni Azmi says:
    14/01/2018 at 2:53 pm

    Selalu pergi belajar memang bagus tips ini, orang yang berjaya selalu cari ilmu baru

    Reply
  3. Azmi Abdul Rahman says:
    13/01/2018 at 12:44 pm

    Ikuti orang hebat dan bukan orang yang nampak hebat.

    Scammer pun pakai baju dan kereta besar, dah macam cerita seniman bujang lapuk kan tuan subhi

    penyamun pakai baju lawyer, kopiah serban masa outing

    Hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi
    • 5 minute read
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.