Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Tabiat

Hati-hati dengan apa yang anda fikir!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 25/09/2012
  • 6 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Pernah dengar teori keseimbangan Newton?

Kalau pernah belajar sains tinggi tentu anda tahu, kalau tak tahu saya perturunkan di sini:

“Jumlah Tenaga = 0”

Jumlah keseluruhan tenaga yang ada jika dicampurkan adalah bersamaan dengan kosong.

Itu teori keseimbangan yang ditemui oleh newton.

Kalau kita naik basikal dan kayuh dengan aman tanpa jatuh, maknanya kita sedang berada di dalam keseimbangan. Sebab itu tak jatuh.

Apa saja perubahan tenaga yang kita cetuskan pada sesuatu benda menyebabkan benda tersebut mencari perseimbangan semula dengan berubah.

Jika kita tolak cawan dari atas meja, kita telah mengenakan perubahan keseimbangan yang tadinya kosong.

Untuk mencari keseimbangan semula maka cawan bergerak dan jatuh lalu pecah dan statik semula, iaitu seimbang semula.

Sebenarnya dalam Al-Quran sudah menyatakan perkara ini. Allah berfirman bahawa dia menjadikan segala sesuatu dan dia menjadikan segalanya seimbang.

Itulah yang Newton jumpa dari aktiviti pengamatannya.

Apa yang anda fikirkan ?

Apa kena teori seimbang dengan apa yang kita fikirkan pulak?

Einstein berkata setiap benda mempunyai tenaga.

Hatta idea atau buah fikiran yang tercetus di dalam kepala kita juga mengeluarkan tenaga. Jadi setiap kali kita terfikirkan sesuatu atau mengeluarkan idea, kita telah menghasilkan tenaga.

Einstein juga memberikan teori bahawa tenaga tidak musnah setiap kali ia dikeluarkan.

Ia akan berubah-ubah menuju kepada titik keseimbangannya sebelum berhenti berubah. Dan bila diganggu akan mula melakukan perubahan semula.

Oleh sebab itu, kata Einstein, setiap idea yang tercetus keluar dari otak kita akan mengeluarkan tenaga.

Bila dalam keadaan seimbang, perubahan terhenti dan bila ada suntikan tenaga baru ia mula berubah lagi.

Begitulah perubahan demi perubahan yang mana akhirnya menjadi benda.

“Setiap apa yang difikirkan oleh otak kita pada akhirnya akan menjadi benda”

Bila kita ada idea nak buat meja bulat, idea itu mengeluarkan tenaga yang berubah-ubah dan akhirnya bertukar menjadi meja bulat.

Bila kita keluar apa saja idea, tenaga demi tenaga yang dipadukan akan menghasilkan sesuatu pada akhirnya.

Begitulah powernya tenaga yang terhasil dari tercetusnya idea!

Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan.

Jika fikir negatif, hasilnya adalah benda yang negatif manakala fikiran positif akan menhasilkan sesuatu yang positif.

Jika kita selarikan dengan jumlah tenaga, sama dengan kosong untuk seimbang.

Maka 1000 fikiran negatif disulam dengan 10 fikiran positif yang tersembul dari kepala akan menghasilkan 990 perkara negatif.

Hasilnya dada kita semak dan sesak dan hidup penuh dengan benda negatif. Pening kepala, panas baran, gagal peperiksaan, pinggan pecah, tumbuk muka orang dan lain-lain seumpamanya.

Berapa kali perkara positif yang kita fikirkan dan berapa kali yang negatif kita fikirkan dalam sehari?, kawal mental agar hanya fikiran positif saja yang keluar.

Untuk pastikan fikiran kita positif elakkan semua input yang negatif, antaranya adalah seperti:

  1. Tinggalkan kawan yang berfikiran negatif – Ada di kalangan kawan-kawan yang kerjanya asyik komen dan kondem habis semua orang. Semua orang tidak betul. Jika kita dengar ceritanya kita rasakan semak dada dan nampaknya semua orang sudah tidak boleh dipercayai lagi. Jangan buang masa dengan orang sebegini.
  2. Jangan baca surat khabar – Surat khabar sekarang dipenuhi dengan berita sensasi tapi malangnya kebanyakan yang sensasi sekarang adalah yang negatif. Anak pukul bapak, bapak rogol anak, nenek dihentak cucu, lelaki putus tangan ditetak isteri dan berbagai-bagai lagi. Kita rasakan dunia sudah tidak selamat lagi bila sering membaca akhbar begini.
  3. Jangan dengar atau tonton berita TV dan Radio – Sama seperti surat khabar, TV atau Radio seolah-olah huru-hara berlaku di sana sini. Tak ada orang yang selamat jika berada di jalan raya dan lain-lain. Elakkan berita begini atau tutup saja.
  4. Unfriend kawan FB yang serabut – Kalau ada akaun FB, pantau siapa kawan FB yang anda terima. Jika jenis yang suka lepas geram kat orang dan asyik nak mengarut dalam dinding FB nya, unfriend saja.

Ada banyak lagi cara untuk elakkan pemikiran kita terpengaruh dengan pemikiran yang negatif. Mungkin anda boleh bantu senaraikan kat bawah. Terima kasih !

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berlapang dada
  • fikiran negatif
  • jiwa tenang
  • kawal diri
  • kawal emosi
  • kawal fikiran
  • negatif thingking
  • panduan berjaya
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Perlukah rancangan perniagaan?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 24/09/2012
Read More
Next Article
  • Keusahawanan
  • Pemasaran
  • Petua ringkas

Membunuh perniagaan anda dengan pantas!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 26/09/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Cara betul bernafas yang anda mungkin tak pernah ambil peduli selama ini

Read More
  • 5 min
  • Tabiat

Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi

Read More
  • 6 min
  • Tabiat

5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan

Read More
  • 6 min
  • Tabiat

Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

6 comments
  1. Anonymous says:
    08/01/2013 at 11:42 am

    Terima kasih Tuan. Blog Tuan ini banyak memberi nasihat dan kebaikan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      09/01/2013 at 4:00 am

      Terima kasih

      Reply
  2. Dunia Realiti says:
    26/09/2012 at 2:47 pm

    Betul tu..suka entry ni 🙂

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      26/09/2012 at 3:41 pm

      TK. Tentu ada lagi entry lain yang anda suka…?

      Reply
  3. sharif says:
    26/09/2012 at 9:31 am

    Syaitan mendorong kita berfikir tentang perkara yang bukan bukan , tak berfaedah.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      26/09/2012 at 3:40 pm

      Jangan suka apa yg syaitan suka…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Mula berniaga
    10 sebab paling tinggi kenapa perniagaan gagal
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.