Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Tabiat

Kenal pasti betul-betul apa sebenarnya yang menjadi masalah

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 09/07/2012
  • No comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Kadangkala kita hanya melayan sesuatu masalah tanpa berhenti sejenak untuk menganalisa apa sebenarnya yang menjadi masalah.

Bila berada dalam keadaan itu sudah tentu tidak ada jalan penyelesaian yang boleh dirumuskan agar perkara tersebut tidak lagi menjadi masalah kepada kita.

Saya teringat ketika saya tinggal di negara Perancis suatu ketika dahulu, anjing merupakan satu masalah yang cukup besar dalam kehidupan saya di sana.

Jumlah anjing di Perancis cukup banyak dan jumlah bilangan anjing sebenarnya melebihi jumlah orang Perancis itu sendiri, jadi tidak hairanlah kita akan dapati ada anjing di serata tempat.

Orang Melayu cukup takut dengan anjing. Kita tengok anjing macam tengok hantu, walaupun anjing didepan hanyalah seekor anjing yang cukup comel dan kecil ketot. Masalah itu benar-benar mengganggu jiwa saya setiap kali mahu keluar rumah kerana takutkan anjing yang bersepah di sana.

Memandangkan saya bukannya sebentar akan tinggal di Perancis, saya mula berfikir apa sebenarnya masalah saya dengan anjing. Nak dikatakan takut, kenapa anjing kecil pun saya risau?. Rupa-rupanya baru saya sedar bahawa yang dirisaukan adalah bebanan terpaksa menyamak jika tersentuh anjing sepertimana yang diajar sejak kecil.

Menyamak bukannya kerja mudah dan kita kalau boleh mahu sentiasa mengelakkannya. Saya mula mencari jalan penyelesaian dengan memerhatikan warga Arab dari Maroko dan juga Aljeria yang tinggal di sana. Saya lihat mereka selamba saja memegang dan membela anjing sedangkan mereka juga beragama Islam seperti saya. Saya mula tertanya apakah yang membezakan antara saya dengan mereka.

Nak dipendekkan cerita, siasat punya siasat rupanya ada pandangan mazhab Maliki yang ambil pendekatan mudah terhadap anjing. Cuma pinggan makanan yang dijilat anjing sahaja yang perlu di samak manakala selain daripada itu tak perlu.

Dari situ masalah anjing sudah bukan lagi menjadi masalah. Ia berjaya di selesaikan dengan hanya memikirkan semula kedudukan perkara tersebut dan kenal pasti apakah sebenarnya yang menyulitkan kita. Kadangkala apa yang kita anggap sebagai masalah itu sebenarnya bukanlah masalah dan tidak sepatutnya mengganggu kita.

Berbalik pada bab anjing di atas, saya kini dapat membezakan anjing mana yang merbahaya dan anjing mana yang tidak merbahaya dan tidak lagi terbelenggu dengan masalah menyamak yang hanya membuatkan otak terkeliru. Kalau setakat perlu samak membuatkan kita lari lintang pukang, ia amat menyusahkan kehidupan kita dalam masyarakat yang melihat anjing sebagai binatang peliharaan setia dan disayangi.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • cari jalan
  • isu sebenar
  • jalan penyelesaian
  • Masalah
  • masalah sebenar
  • petua kreatif
  • problem solving
  • punca masalah
  • reframe
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Masalah
  • Motivasi
  • Petua ringkas

Tips praktikal menghadapi masalah

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 05/07/2012
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Kongsi masalah dengan kawan-kawan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 10/07/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Cara betul bernafas yang anda mungkin tak pernah ambil peduli selama ini

Read More
  • 5 min
  • Tabiat

Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi

Read More
  • 6 min
  • Tabiat

5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan

Read More
  • 6 min
  • Tabiat

Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Kehidupan
    18 jenis manusia beracun yang anda perlu elak dari jadi kawan rapat

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.