Saya dapat maklumat berguna ini untuk diwar-warkan kepada semua usahawan terutamanya di negeri Selangor.
Dalam suasana wabak Covid-19 yang masih tak nampak jalan keluar untuk ditamatkan, apa yang berlaku kepada perniagaan yang anda usahakan sejak dulu?
Tentu ada yang ok dan ada juga yang tak bagus. Malah ada yang gulung tikar terus sebab tak ada pilihan lain lagi.
Bagi anda yang makan gaji, kalau kena buang kerja pun masih boleh pergi cari kerja lain. Tak ada masalah sangat terutamanya yang selama ini menjalani gaya hidup yang sederhana dan tidak melampaui pendapatan.
Tapi bagi yang cari makan dengan berniaga, tambah pulak jenis kais pagi makan pagi kais petang makan petang, bila bina kena dugaan teruk dengan wabak Covid-19 ni, tentu tak ada pilihan selain dari terus berusaha hidupkan perniagaan.
Kalau tak buat macam tu nak cari makan kot mana lagi?
Macam saya sendiri. Kalau nak berhenti berniaga dan cuba cari kerja. Siapa nak bagi saya kerja?
Untuk itu, saya kongsikan maklumat bagus ini kepada semua usahawan di Selangor. Baca laaa …
Dialog Industri: Pemulihan Pasca Pandemik
Kerajaan Negeri Selangor Melancarkan Siri Video tentang Kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Mikro (PKSM) di Zaman Covid-19
Selangor, 19 Oktober 2020 – Wabak Covid-19 telah memberi tamparan kepada ramai individu dan perniagaan, terutamanya dari segi kewangan. Ini telah mendorong banyak perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) tempatan untuk memindahkan perniagaan mereka dalam talian sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada bulan Mac 2020.
Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha selama bertahun-tahun untuk mempromosikan digitalisasi industri. Dengan pelaksanaan semula PKP Bersyarat di Selangor dan Kuala Lumpur yang bermula pada 14 Oktober, desakan untuk tenaga kerja yang lebih digital memang tepat waktunya.
Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa 98.5%, atau 907,065 syarikat yang berdaftar di Malaysia adalah PKS, dengan 19.8% berasal dari Selangor. PKS juga menyumbang 38.3% daripada KDNK negara, dan 66.2% peluang pekerjaan baru.
Dari sebuah kerajaan yang mengambil berat tentang Rakyat dan ekonomi, YB Dato’ Teng Chang Khim, Ketua Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Industri & Perdagangan dan PKS Kerajaan Negeri Selangor, telah menghasilkan satu siri video wawancara dengan pemain industri perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) dalam negeri Selangor.
Siri ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan industri dan PKSM, dan untuk mendorong dialog antara kerajaan negeri dan PKSM. Siri ini akan mempamerkan cabaran yang dihadapi oleh 10 sektor dalam Selangor selama wabak Covid-19, rancangan pemulihan pasca wabak Covid-19 mereka, dan bagaimana inisiatif mesra-PKS Kerajaan Negeri Selangor telah menyokong mereka supaya ekonomi dapat terus berkembang.
PKS yang diwawancara dalam siri video ini berasal dari 10 sektor, termasuk sains dan teknologi, peruncitan, pertanian dan perikanan; logistik; pelancongan; perusahaan makanan dan minuman; e-Dagang; filem dan televisyen; pembangunan hartanah, dan perusahaan kecantikan.
Individu yang diwawancara termasuk:
- Datin Winnie Loo – Pengasas salun rambut terkemuka ‘A Cut Above’
- Dato’ Ho Hon Sang – Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah & Perumahan cawangan Selangor (REHDA Selangor)
- Chia Tian Hee – Pengerusi Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-Peniaga Ikan Sekinchan, Selangor
- Dato’ Kamil Othman – Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
- Mr. Ong Shen Loong – Pengarah Urusan Lalamove
- Dato’ Ng Wan Peng – COO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
Projek video ini juga berfungsi sebagai platform komunikasi bagi industri ini untuk berkongsi cabaran mereka dan juga visi masa depan mereka.
Video pertama dalam siri ini, bertajuk “Impak Covid-19 terhadap Sains dan Teknologi di Malaysia”, akan ditayangkan pada 20 Oktober (Selasa) jam 8 malam. Video baru dalam siri ini akan disiarkan setiap minggu.
Siri video ini boleh ditonton di http://bit.ly/OfficialTengChangKhim, dengan jadual siaran berikut:
Jadual Siaran Siri Video dengan episod tajuk dan tarikh siarannya adalah seperti bi bawah:
- Kesan Covid-19 terhadap sains dan teknologi di Malaysia: 20 Oktober 2020
- Kesan Covid-19 terhadap industri logistik kini dan masa depan: 27 Oktober 2020
- Kesan Covid-19 terhadap petani dan nelayan: 3 November 2020
- Cabaran bidang peruncitan pada tahun 2020: 10 November 2020
- Bagaimana menyelamatkan industri pelancongan?: 17 November 2020
- Kesan Covid-19 terhadap perusahaan makanan dan peluang dalam krisis: 24 November 2020
- Kebangkitan e-dagang semasa wabak Covid-19: 1 Disember 2020
- Perkembangan bidang filem dan televisyen pasca Covid-19: 8 Disember 2020
- Industri hartanah selepas wabak Covid-19: 15 Disember 2020
- Masa depan perusahaan kecantikan tempatan: 22 Disember 2020
-TAMAT-
Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi:
Xin Ying
PA of Selangor State Executive Councillor YB Dato Teng Chang Khim
Email: xyt.virginia@gmail.com
Phone: +60 16-553 1987