Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
554
2K
279
14
0
  • Tabiat

Usahawan mesti pandai minum teh tarik

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 17/09/2012
  • 3 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

teh tarikAntara perkara yang paling saya rindukan ketika berada lama di luar negara adalah, keseronokan menikmati segelas teh tarik di kedai mamak bersama kawan-kawan.

Tak ada suasana seumpama ini yang boleh kita dapat jika berada di Eropah.

Teh Tarik boleh dikaitkan dengan berbagai aktiviti bagi seorang usahawan ataupun mereka yang mengejar peningkatan karier dalam pekerjaan.

Di kalangan kawan-kawan saya yang berniaga, minum teh tarik sebanyak 8 kali sehari adalah perkara biasa.

Masa mula-mula mendekati golongan usahawan dulu, saya menjadi hairan dan takjub dengan cara mereka hidup.

Setiap kali mengikuti mereka berjumpa dengan orang, saya terpaksa ikut mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan singgah dari satu kedai minum ke satu kedai minum. Mereka jumpa kenalan atau usahawan lain di kedai minum.

Rasa nak kembung perut minum teh tarik. Biasanya saya terpaksa ‘order’ air suam saja untuk meredakan perut yang tak biasa budaya minum teh tarik banyak begitu.

Ketika itu saya belajar perkara penting dalam menjadi usahawan berdasarkan cara kawan-kawan saya.

  • Jangan kemut belanja kawan-kawan yang kita mahu maklumat atau apa-apa saja faedah.
  • Kalau ada orang yang sanggup layan pegawai kerajaan atau orang berkepentingan untuk faedah berniaga dengan menyumbat wanita dan arak di pusat hiburan, kenapa kita perlu rasa bersalah sekadar belanja teh tarik pada kawan-kawan yang berfaedah.
  • Jangan minum teh tarik seorang diri kecuali anda mahu membaca atau berfikirkan sesuatu.
  • Kalau makan atau minum dengan kawan-kawan jangan belasah sampai kenyang sangat. Simpan sikit untuk perjumpaan selepas ini yang mana anda terpaksa makan dan minum lagi.
  • Waktu minum teh tarik seorang usahawan bermula daripada pukul 8 pagi dan mungkin berakhir pada pukul 3 pagi.

Saya belajar kesemua perkara di atas ketika bergaul dengan kawan-kawan usahawan di Pulau Pinang.

Ketika saya berhijrah ke Ibunegara untuk berniaga saya nekad untuk mengubah beberapa sikap yang saya fikir tidak sesuai untuk saya.

Dan saya syorkan juga pada usahawan lain yang mahu menjalani kehidupan seimbang sebagai seorang usahawan.

Hadkan masa minum teh tarik

Ini perkara yang paling utama sekali yang saya ubah.

Melayan kawan-kawan atau pelangan untuk minum teh tarik sehingga lewat malam bukanlah amalan yang patut kita biasakan diri.

Jika dalam seminggu hanya sekali, kita berjaga minum sampai lewat malam, mungkin masih boleh diterima, tapi jika setiap hari, kita sebenarnya merosakkan keseimbangan kehidupan diri sendiri sebagai anggota masyarakat dan juga ketua keluarga.

Bila sampai di Ibukota saya tetapkan untuk menghadkan masa minum teh tarik bersama kawan-kawan hanya sebelum pukul 10 malam sahaja.

Selepas daripada itu saya perlu berada di rumah. Tetapi sekali dua dalam tempoh sebulan apa salahnya bertemu dan minum sehingga lewat malam.

Berjimat untuk kaya dengan henti minum teh tarik?

Ada orang yang berpendapat salah satu cara untuk simpan duit dan jadi kaya, perlu jauhkan diri daripada minum teh tarik di kedai. Saya setuju dan tidak setuju dengan kenyataan ini.

Ada yang menolaknya sama sekali kerana katanya tak ada orang jadi kaya kerana berjimat 4 ringgit sehari dengan menjauhi minum teh tarik.

Salah seorang yang berpendapat begitu adalah sahabat saya Shahabudeen Jalil.

Bagi Shahabudeen tak perlu berjimat perkara sedikit sebegitu untuk jadi kaya kerana tumpuan perlu diberikan kepada menjana dan menambah pendapatan untuk menjadi kaya.

Kalau ikutkan prinsip hidup ringkas. Kita akan lebih cepat kaya kalau melakukan kedua-duanya sekali. Jimat dan dalam masa yang sama tambahkan pendapatan.

Merancang untuk minum teh tarik

Macam yang saya katakan tadi, kalau nak minum teh tarik pastikan anda berteman.

Ajak samada kawan atau pelangan untuk anda belanja teh tarik. Banyak faedah yang anda dapat, dengan minum bersama. Anda boleh kongsikan pandangan dan mendalami silaturahim untuk menjalinkan perniagaan yang telus.

Bila rasa ketagih, ingat prinsip jangan minum seorang diri.

Jika tak ada orang yang nak teman tahanlah diri anda dari pergi.

Ini juga banyak memberikan faedah dari segi disiplin kehidupan untuk berjaya. Jangan pandang remeh dengan kejayaan kecil. Ia mampu membina disiplin yang lebih besar untuk berjaya dalam hidup.

Begitulah lebih kurang sikap saya terhadap minum teh tarik dan hubungkaitnya dengan keusahawan. Walau apapun teh tarik tetap menjadi satu keunikan istimewa dalam masyarakat kita.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • bincang
  • jaringan
  • kedai kopi
  • kedai mamak
  • minum
  • networking
  • teh tarik
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Tabiat

Sibuk ‘vs’ takda kerja. mana lebih syok?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 16/09/2012
Read More
Next Article
  • Tabiat

Berlagak macam bagus!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 18/09/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan

Read More
  • 5 min
  • Pengurusan
  • Tabiat

Apa kerja paling utama yang sepatutnya anda perlu lakukan bila mula berniaga

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup
  • Tabiat

Adakah anda bahagia dan apa yang anda faham tentang makna bahagia?

Read More
  • 3 min
  • Tabiat

Selangor lancar siri video kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Mikro di Zaman Covid-19

Read More
  • 4 min
  • Tabiat

Anda juga boleh jadi seorang yang sentiasa kreatif jika ikut 9 cadangan ini ..

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

3 comments
  1. titan says:
    24/08/2013 at 4:05 am

    memang selalu. Tapi takde la setiap hari. Seminggu tu..paling teruk pun sekali.

    Reply
  2. Popo says:
    25/09/2012 at 11:21 am

    InsyaAllah saya akan cuba tukar cara bergaul. Terima kasih. Sedang membaca semua entry tuan daripada first page nak pi sampai belakang ni. Pautan daripada Mentor SJ 🙂

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/09/2012 at 1:53 pm

      Terima kasih. Teruskan membaca dan jangan taragak-agak berkongsi masalah di blog ini jika ada.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia
    • 4 minute read
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche
    • 3 minute read
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • 5 minute read
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • 4 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kewangan
    Cara nak urus kewangan perniagaan syarikat

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.