Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Usahawan

3 syarat utama menjadi usahawan atau boss yang berjaya!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 17/07/2012
  • 3 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

menjadi boss yang berjaya

Bagaimana nak jadi usahawan atau boss yang berjaya ?

Samada anda mahu jadi usahawan yang berniaga, atau menjadi pekerja yang berkhidmat pada majikannya, kedua-duanya tidak menjadi masalah, asalkan kita melakukan yang terbaik dan bekerja dengan amanah.

Saya suka dengan sikap berusaha menjadi yang terbaik di dunia dalam apa saja yang kita buat.

Walaupun hanya sekadar tukang sapu sampah, jadilah seorang sapu sampah yang terbaik di dunia.

Untuk menjadi usahawan atau untuk menjadi Boss yang berjaya dan hebat, anda perlu ada 3 ciri-ciri seperti di bawah:

  • Bercita-cita tinggi – Hidup akan menjadi tidak bermakna bila kita tidak punya cita-cita.
    • Dengan adanya cita-cita maka timbullah perjuangan. Tiada perjuangan, hidup seumpama mati.
    • Oleh itu pra-syarat untuk berjaya samada sebagai seorang usahawan maupun pekerja, mestilah punyai sesuatu yang disasarkan. Dan sasaran biarlah tinggi.
  • Hidup ringkas – Orang yang hidup ringkas akan berusaha melapangkan kehidupannya agar banyak masa.
    • Dia akan meninggalkan perkara remeh-temeh yang tidak memberikan kesan besar kepada kehidupannya. Hidup ringkas membuatkan kita cuba melapangkan masa kita untuk tidak buat apa selain daripada melayan fikiran dan mengasah ketajaman akal.
    • Bila kita ada sikap begitu, maka kita akan mudah melepaskan tanggungjawab kerja kepada orang bawah yang kita percayai. Kita akan menyusun sebanyak mungkin kerja pada mereka sehingga masa kita menjadi lapang.
  • Bijak – Kita perlu berkerja dengan bijak.
    • Dengan kombinasi mahu Hidup Ringkas dan kebijaksanaan yang tinggi, kita akan sentiasa berfikir macam mana nak berjaya atau melaksanakan sesuatu tugas atau sasaran itu dengan cara yang lebih mudah, ringkas dan kerkualiti.
    • Kita akan memikirkan jalan penyelesaian melaksanakan sesuatu tanpa kita sendiri perlu melakukannya.

Ada bijak pandai mengatakan jika anda menemui seorang yang malas, bijak dan punyai cita-cita tinggi, letakkan dia sebagai ketua paling tinggi dalam organisasi anda.

Ini ada kebenarannya setelah saya memerhatikan perjalanan kesemua perniagaan saya selama ini.

Untuk memastikan syarikat saya terbina dengan baik saya memerlukan seorang Boss atau Ketua yang malas, bijak dan bercita-cita tinggi.

Malas di sini adalah bermaksud mahu hidup lapang dan hanya menumpukan pada kerja-kerja yang bermakna dan memberikan impak sahaja.

Tidak guna jika seorang Boss itu terlalu rajin. Dia membuat kerja remeh temeh seperti sapu sampah dan mencuci longkang di depan pejabat. Itu semua lansung tidak membantu perkembangan syarikat.

Boss yang berjaya biasanya merupakan seorang yang bijak tetapi pemalas. Dia malas secara terancang.

Ingat falsafah yang penting tentang pekerjaan berikut: “90% daripada kerja adalah berfikir”

Dengan adanya sikap mahu hidup lapang, kita akan mula melihat keperluan untuk menyerahkan tugasan kita pada orang bawahan.

Untuk pastikan dia melaksanakan tugasnya dengan baik sebagaimana kehendak kita, kita akan mencari jalan terbaik mendidiknya sehingga dia faham dan cekap.

Dengan itu kita telah berjaya membina satu lagi pelapis pengurus untuk menguruskan syarikat kita.

Sesebuah syarikat akan berkembang dan mampu bertahan lama selagi kita tidak kemut melabur pada pembinaan sumber manusia.

Ada sebuah daripada syarikat kepunyaan saya yang diuruskan oleh seorang yang bijak, bercita-cita tinggi tetapi terlalu kuat bekerja.

Hasilnya adalah dia lansung tidak berjaya membina kekuatan syarikat sebaliknya syarikat terpaksa bergantung hampir 100% pada dirinya yang mahu buat semua perkara daripada jualan, operasi, kewangan dan pengurusan pentadbiran.

Sehingga kini syarikat tersebut tidak punyai pelapis bagi menggantikan sebahagian besar daripada tugasan pengurusannya.

Ini bakal membunuh syarikat dalam jangka masa panjang.

Bayangkan jika suatu hari dia mengalami masalah kesihatan dan terlantar sebulan di atas katil, syarikat akan menghadapi kesusahan.

Nampaknya saya perlu berfikir bagaimana mahu menyedarkan orang yang sedang menguruskan syarikat saya itu.

Sebagai seorang yang sukakan kelapangan hidup, saya sudah tentu tidak akan ambil langkah tidak bijak dengan menggantikan tempatnya, sebab itu saya berada di sini.

Saya hanya perlu memikirkan bagaimana membuatkan dia sedar bahawa apa yang sedang dilakukannya bakal membunuh syarikat.

Memang susah untuk mengubah seseorang yang terlalu ringan tulang menjadi berat tulang.

Ada ramai orang yang kuat bekerja merasakan satu dosa jika duduk saja dan berfikir cara bagi memudahkan perlaksanaan kerja. Ini perlu diubah jika kita mahu maju.

Melapangkan masa untuk lebih banyak berfikir dan hidup seimbang adalah salah satu nikmat hidup yang perlu dikejar oleh semua orang.

Jika kita rajin mentelaah Al-Quran banyak terjumpa ayat menyuruh manusia menggunakan akalnya untuk berfikir.

Untuk membolehkan otak berfikir kita perlu meluangkan masa untuk melihat dan mendengar dan itu semua tak akan mampu kita capai jika kita sentiasa sibuk tak cukup tanah buat kerja macam nak runtuh rumah.

Lapangkan dan perlahan sedikit masa dan isikan ruang tersebut untuk berfikir.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • boss berjaya
  • Hidup ringkas
  • jadi boss
  • memimpin
  • mengurus
  • merancang
  • Usahawan berjaya
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Hidup Ringkas
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Petua ringkas

Hidup anda berserabut !, apa jalan penyelesaiannya?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 15/07/2012
Read More
Next Article
  • Tabiat

Bunuh ketagihan duduk depan skrin !

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 18/07/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Usahawan

Cerita Business Coaching Usahawan Kental #1

Read More
  • 2 min
  • Info Usahawan
  • Usahawan

Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan

Read More
  • 1 min
  • Minum Petang
  • Perjumpaan Usahawan
  • Usahawan

Ingat! teh tarik petang ini!!!

Read More
  • 4 min
  • Usahawan

Kenapa bukan Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Read More
  • 2 min
  • Perniagaan
  • Petua ringkas
  • Usahawan

Nak berniaga tapi tak ada "know-how"

3 comments
  1. Izham says:
    24/05/2017 at 10:36 am

    Salam Tuan. Menarik artikel ini, tetapi kenapa masih ramai usahawan terutama sekali yang baru nak mula, nampak tersangat2 sibuk sampai tidur 2 3 jam sahaja sehari. Memang realiti usahawan begini ke…?

    Reply
  2. wan says:
    10/06/2016 at 3:37 pm

    Perkongsian yang sangat menarik terutamanya tentang boss yang pemalas.tak terfikir pulak sebelum ni tuan.….Every big business start with small business…..itulah salah satu ungkapan penting untuk berjaya…

    Bagi mereka yg serius dalam mengembangkan perniagaan,akaun semasa syarikat merupakan satu kemestian.untuk membuka account semasa memerlukan introducer.insyaAllah saya membantu usahawan2 yg memerlukan introducer.boleh lawati blog saya.credit pada owner blog.terima kasih.maklumat lanjut: http://www.kaya-knowledge.blogspot.com.

    Reply
  3. faizah daud says:
    22/03/2016 at 4:25 pm

    saya sangat berminat membaca dan mencari ilmu dengan membaca blogger tuan. Bolehkah tuan ceritakan bagaimana cara dan bila sepatutnya sesuatu perniagaan itu menambah stok barang didalam kedai atau perniagaannya? adakah disetiap hujung bulan pertengahan bulan atau di awal bulan? dan benarkah duit hasil jualan pada bulan tersebut boleh digunakan untuk tambah stok barang?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Tabiat
    25 kata-kata motivasi terkenal yang menarik untuk renungan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.